Ooops Sorry! No Touching.
logo

Anassuwandi Ahmad

  • MANEK URAI #4
  • PADA TANAH INI - MERAH #1
  • PADA TANAH INI - MERAH #2
  • PADA TANAH INI - MERAH #4
  • PADA TANAH INI - MERAH #3
  • PADA TANAH INI - MERAH #5

Saya menterjemahkan pada sudut kehidupan kita; melihat bagaimana alam dan manusia itu berhubungkait dan berinteraksi bersama. Untuk mengekspresikan memori, bayangan atau imbasan dan pengalaman dari kolektif imajan dan objek-objek sekeliling dalam menghasilkan karya-karya.

Elemen-elemen ini diterjemahkan pada setiap permukaan dan ruang; mengambil contoh seperti nota-nota di dalam muzik atau bait-bait puisi di permukaan kertas. Proses minda iniĀ  memberikan rasa gerakdiri secara bebas tanpa memperlihatkan sesuatu imajan atau rujukan tertentu pada keseluruhan sesuatu objek, tetapi ianya lebih merupakan kepada proses minda dari objek yang dilihat.

Ianya mencabar kreativiti dan ‘suggestion‘ dari proses minda itu sendiri, keterlibatan dalam ekspresi; tanpa adanya satu-satu rujukan tetap; yakni kepada eksprimentasi dalam menghasilkan karya. Kepada saya karya-karya sebegini mengundang diskusi, interpretasi dari audien itu sendiri. Karya-karya saya mengundang relatif diantara satu sama lain samada dari segi sudut naratif, tema dan penghasilan.

Artist

Anassuwandi Ahmad

Material

  • Arcylic on Canvas